PERSAHABATAN..
kadang kadang , memerlukan kesabaran y tinggi untuk ini.. kadang kadang kita boleh terleka dengan persahabatan yang terlalu erat antara kita dan dia. ibarat adik beradik . persahabatan,, tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. kadang kadang kita hanya terlalu memikirkan dia sebagai seseorang y terlalu penting sehingga kita lupa y kita masih ada rakan rakan y lain. Dan apabila berlaku sesuatu y tak diingini, tak dijangka, tak pernah diduga., barulah terbuka mata dan sedar dunia ini masih ada orang lain. Bukan di dunia ini ada aku dan dia sahaja.
Penyesalan? sudah tiada maknanya. Hanya perubahan diri y patut dilakukan. Aku bersyukur, punya rakan rakan y masih sudi untuk membantu. bangunkan aku dari kesengsaraan, kedukaan y melampau2. Mereka tak tahu apa masalah aku, tapi mereka tahu aku punya masalah kerana mereka nampak perubahan aku. Dari seorang y periang, menjadi pendiam, murung, cepat marah, kurang makan, selalu termenung. Juga, masih ada y datang memberi nasihat untuk aku terus membuka mata dan berfikir mengenai kesilapanku. Ya, bukan dia je y bersalah, mungkin aku ada juga salahnya. Terlalu mempercayai dia. Terlalu jujur dengan dia. Dan kejujuranku dibalas dengan pengkhianatannya.
Kadang kadang , aku terfikir, kenapa tuhan memberi ujian seberat ini kepada aku ? kenapa Dia tak memberinya kepada orang lain.? mengeluh aku mencari jawapan. Dan serta merta aku teringat lagi pesan abah., " Allah menduga kita bersebab. Kita patut bersyukur sbb menjadi salah seorang hamba y diuji. Sekurang kurangnya kita tahu pada siapa y patut kita mohon pertolongan. Bukan waktu susah je kt mohon padaNya. Waktu senang lupakanNya. Insya allah, ada sesuatu y lebih baik akan Dia bg kat kita lepas dugaan ni.." Amin. Ye, betul apa y abah ckp. Dan ada seorang lagi kawan aku pernah nasihatkan aku,, "jangan terlalu menyayangi seseorang, kerana satu hari nanti , kt mungkin akan membencinya, dan jangan terlalu membenci seseorang, kerana satu hari nanti , kt mungkin akan menyayanginya. Dalam kehidupan ni, everything kita perlu besederhana.,Nabi pun ajar kita supaya sentiasa besederhana dalam semua perkara kan.."
Kata kata tu, aku kutip., aku jadikan semangat dan kekuatan utk aku teruskan hidup. Allah Maha Besar, Allah Maha Kaya, Allah Maha Pemurah, Allah Maha Mengetahui mana y baik, mana y buruk, mana y benar, mana y salah. Moga aku di pihak y benar. Aku percaya pada karma, dan aku redha dengan kehendakNya. Hanya masa y menentukan . Biar tuhan y membalasnya. Aku akan meneruskan hidup aku . Dengan keluarga y tersayang, dan orang orang y layak digelar "sahabat" .
l sudut saturinggit l