Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, July 31, 2011

RAMADHAN ~

Bulan y dinanti , 
Bulan y dirindui , 
Bulan y mulia , 
Bulan mengumpul pahala dan mengerjakan ibadah ,
dan , 
Bulan setan kena ikat ! yess !! 
Salam Ramadhan kepada semua .  Tahun ni Ramadhan jatuh pada bulan Ogos, bulan kelahiran saya. Huhuhu.. 
Moga mendapat keberkatan dan keredhaan dariNya .

p/s :  Kejar ibadah bukan sahaja pada bulan Ramadhan .  Bulan2 lain pun sama jugak. 




salam ramadhan al mubarak , from me , fatin nabihah mohamad azhar =)








l sudut saturinggit l 

Friday, July 29, 2011

MINGGU MAKAN MAKAN SEBELUM PUASA ~

Minggu depan, bermula la bulan Ramadhan.  Tak sabar nak merasa suasana Ramadhan.  Pegi bazar, terawih (pegi ke ? hahahaha) .  Kalau kat kuantan, tempat fevret orang akan pegi utk berbuka adalah kat padang.  Depan padang ada masjid besar kuantan.  Haa,, kat situlah bakal menjadi tumpuan penduduk2 kuantan ni.  Bentang tikar, buka sama2 dengan kawan2, then pastu pegi terus masjid.  Best woo ..  Later aku update y tu yee.. 


Sebenanyee,, bukan tu y aku nak cite ni.  Mukadimah jaa pun.. hahahaa.. Sebelum start bulan puasa , minggu ni aku rasa paling banyak melantak. Hahhahaa.. Orait,, pertamanya,, aku sebenarnya teringin sangat nak makan TUTTI FRUTTI tu .. Mengidam punya mengidam , finally ari rabu aritu dapat lah jugak kan. Belas ihsan dari kakakku tersayang (masa ni laa baru nak ckp y tersayang kann. hahahaa) Dia ajak aku pegi sana. Sebab die dapat gaji.  Jaga baby. Ape lagi,, takkan aku lepaskan peluang laa.. Makan pulak tu kan. Kepantangan tu kalau menolak. Hahhaha..  Petang tu, sebelum pegi , sempat jugak aku jumpa baby y akak jaga.. Ya allah,, comel gile okay ! comel sangat ! geram aku tengok budak tuu.. ape name die eh ? aku pun dah lupa. Y aku tahu nama pendek die jaa. Nia. huhuhu~ Dah puas aku bergomol dgn dia, bapak die pun sampaii,,. Lepas jaa budak tu balik,, ape lagi, terus laa gerak ke destinasi.  Dah sampai tu , aku ni dahla first time pegi.  Alah ,,macam orang jakun lah kan.. ahhaha.. tak cover dah.. Dah amik pape y patut, terus duduk n makan.  Aku dah mula dah makan ni.  Y akak aku ni sibuklah nak try wifi kat situ.  Tak lepas2 .  Aku buat pun tak jadi .  Sampai 3 4 kali laa pegi kat kaunter tu tgk blk pword dia.  Last2 dah giveup, terus makan jaa.. hahaha.. Cian akak.  Bersembang lah kami.. Lama gak la dalam tu.  Aku tanya akak, "akak, kalau nak tmbah lagi boleh tak ? pakai bekas y sama." die boleh tergelak terbahak2 .  Ape, lawak sangat ke soalan aku ? adoii,, die pun jawap, "mana boleh lah ! suke hati kau jaa . " ahhahaa.. aku manelah tahu.. memang terserlah kebangangan aku di situ.. Redha jaa.  sob sob sob.. T-T




Inilah nia ! I LOVE YOU bebehh ~ Nia ni omel sangatlah ! Geram tau . =D





TUTTI FRUTTI LOVE LOVE.. =D





This is mine.  Maaf, saya tak pandai nak buat lelawa .  Last2 masuk perut jugak.  Ngeh2..





orait, y ni kakak punya.  Nyum2..





Kak melor ! lebiu lah ! tengs bawak saya makan.. hehehe.. =p






Nampak ye muka gembira dan puas di situ. hehehee.. 





Lepas2 makan tu , aku terasa dahaga pulak .  Plus, lapar lagi.  Yelah , makan eskrem jaa kot. Mana nak kenyang.  Tetibe akak aku ni teringin nak mam kat coffee street.  Aku ikut jaa .  Sebab aku pun lapar.  Huhuhu.. Dah settle mengabadikan kenangan dalam tutti frutti tu, kami pun kuar.  Gerak ke coffee street.  Aku order air sirap dgn chicken chop.  Akak pun order makanan y sama. Tapi air y len .  Limau ais.  Dah sampai makanan, melantak lah dgn lahapnya.  haahhaa..  Damn,, memang sedaplah chicken chop kat situ.  Boleh datang makan lagi lah pasni kan.. Tapi bila pocket penuh laa.. Kalau sengkek lagu ni , mmg taklah. hahahaa.. Perrgghh,, dari petang sampai malam, makan minum aku disponsor kuat oleh akak..  Akak, kau lah bank aku disaat aku kering dan kebingungan dan menggagau mengidam macam2. Hahahha.. Mati aku kalau akak baca. Akak, saya gurau jaa. ehhehee..Tengs ye akak belanja makan.. =)





alahai sodap ehh.. ~ 



Worraiit,, semalam pulak,, untuk menghilangkan kekecewaan terhadap bolasepak, aku n mak aku pegi makan laicikang kat Jaya Gading .  Mak kate sedap kat situ.  Lagipun , mak teringin nak makan.  Aku sebagai anak y bertanggungjawab pegi la bawak mak ke sana.  Makan kann.. hahaha.. Dah sampai ke destinasi, kami pun order.  Laicikang 2, mak makan bihun sup.  Aku pun makan mi kari.  Memang laicikang tu sedap bangat !  Mi kari pun boleh tahan.. Pasni jauh laa pegi melantak. Hahaha.. Lepas tu pulak, aku kuar jenjalan lagi.  Pegi mall.  Sempat shopping.  Belum puasa , dah shopping raya.  Adoyaii.. hahaha.. Kat sana, makan lagi .  McDonalds bebeh ! hahaha.. Memang banyak ye aku makan minggu ni.  Selagi boleh makan , kt makan ! =D







mi kari utk saya, mi sup utk mak.  Beverage:  laicikang sedap !






sedapnyee mak makan.. hehehe.. tengs mak bawak makan kat sini ! sedap ! =D





DAN , BELUM TERLEWAT UNTUK AKU UCAPKAN SALAM RAMADHAN KEPADA FAMILY, SANAK SAUDARA, DAN KAWAN KAWAN !




l sudut saturinggit l

Monday, July 25, 2011

HARRY POTTER - SAYAINLOVETAPIDAHLAMBAT!

Harry Potter punya cite dah sampai penghujungnya.  Sayangnya, aku lambat nak follow cite ni . Sumpah,, cite ni sangat awesome ! Terima kasih kepada housemateku,, norelyana ya'cob a.k.a el kerana mempromotekan cite ni kat aku.  Utk y last ni, percaya atau tidak, aku dah tengok kat wayang untuk kali ketiganya.  Pertama, dengan exskulmate aku.  Keduanya , dengan kakakku Melor.  Last, dengan budak perasan comel, (comel keee ?? tangan di dada, mata ke atas) Cik fahila. time kaseh ye belanja. Kalau tak belanja takde tengok2 dee.. ahahaha..  Dengan dia2 terpengaruh sudah.  Tapi rasanya dia paling lambat lah nak follow kot. Cite dah abeh baru nak follow. Hahaha.. Bye2 Harry Potter ,. Next, hello Captain America !




Harry, Hermione , Ron. =D





Professor Snape yang mempunyai hati y mulia sebenarnyaa .. sob sob. . 





Voldermort gile! Bangang ! Jahat ! Devil ! Padan muke kau mati jugak ! wekk !!





SEKARANG, HARRY POTTER DAH ABESS,,.. NOW SHOWING ,,


Captain America ! Here we come ! 


SELAMAT MENONTON KAWAN2!



l sudut saturinggit l 

Friday, July 22, 2011

PHOTOSHOOT - SUNGAI LEMBING

Satu petang jumaat y panas tapi nice, tepat jam 240, aku keluar dari rumah dan melaksanakan aktiviti y sudah lama tertangguh.  Terima kasih Allah sebab bagi cuaca panas, tak hujan.  Takpelah berpeluh pun , janji boleh shoot. Tibe2 aku jadi model tak berbayar untuk photoshoot kali ni.  Dah penat berposing,, ni lah hasilnyaa.. ~~


takde keje,, posing smbil tgk sunglasses. 



ini saya. fatin nabihah. belakang tu bff saya. nor azreena =)



berlakon jaa lebih ni . Geli2 jaa . ngeh3.. 


Btw,, terima kasih kepada photographer kami, syaqira kerana sanggup berposing sama mengambil shot2 y menarik . Hahaha. Ni sket jaa.. Kalau nak tengok banyak2 sila login fb anda. Hehehe . Konklusi untuk photoshoot kali ni, kelaka, best n PANAS ! hahaha..


l sudut saturinggit l

Tuesday, July 19, 2011

Gembiranyaa Hati Ini.. ~~

Sudah jumpa balik dengan kakak saudaraku y sudah 5 tahun terpisah.. Happy gilee ~



Namanya: Qurratu' Aini Nadiah bt Abu Zarin.  
Panggil die kak nadia.  Dulu dulu kami sangat rapat.  Pantang jumpe, ade jaa topik nak dibualkan.  Smpai tengah malam melepak.. 
Sangat rindukan waktu kecik2 dlu. Dielah y selalu manjakan aku. Hahaha.. Sape kenal aku , akan tahu aku ni sangat manja. tak gitu kak??  kenapa kami lost contact? emm,, lepas jaa mak akak meninggal dunia, terus takde kabar berita dari dia.  sedih hati ni .  die pun jarang blk kg.  ttbe, akak add aku dlm fb.  teruja tu ! hahahaha.. Akhirnya, jmpa akak aku y sorang ni.. ~~ Sayang akak ! =D



l sudut saturinggit l

Sunday, July 17, 2011

KERING HABESS .. SOB SOB SOB.. =(

adoiihh,, camne ni ? nak beli topup pun tak mampu..isk isk isk.. asek mntak jaa,, malu laa..  masa ni laa rasa tak sabar nak suruh bukak sem balik.. dapat duit,.  alaahhaaii,,.. rezeki macam tak menyebelahi aku cuti kali ni . semua tempat keje aku apply satu pun tak respon.. T T

sedih sedih sedih.. ! nak raya cepat ! nak bukak sem cepat ! =(

Wednesday, July 13, 2011

FRIENDLY MATCH 2 : UNIVERSITI KOLEJ SHAHPUTRA VS KOLEJ MATRIKULASI GAMBANG

Second friendly ni adalah sangatlah mencabar bagi aku y dah lama tak main.  Bayangkan ,, aku ready untuk main double jaa.  Tiba2 coach suruh aku turun untuk single jugak.. Haa,, sudahnye, hamstring y aku dapat. Bukan hamster ye, hamstring.  Injured di bahagian bawah peha.  Damn sakit dowh !!  Aku lawan dengan cina pulak tu. Dah kalau cina,, paham2 jelah..  First set , sangat fight.  Kejar mengejar mata.  And last , aku menang .  24-22.  Gile.  Mencungap.  Hahahha.. Pancit sudah.  Then masuk second set,.  Die pulak menang.  21-15 tak silap aku.  Ha, dalam game kedua ni la aku injured.  Punyelaa nak amik bola tu kan.. Sampai terkangkang besar sangat .  Wahahhaa... Terus terbunyi kaki.  Emm,, menderita lah kau sorang2. ahahhaha...  Aku ingat main untuk set ketiga.  Tapi friendly,, mana ada set ketiga.  So, kesimpulannya.., sama kuatlah kami ni.. Gitu kann~~ 

Orait, dah abeh lawan single, belum cukup rehat , dah dipanggil utk main double.  Aku pun turunlah kan..  Mula2 main tu, menggelabah jaa..  Tak jumpa kimia lagi dgn partner.  Then masa dorang lead tu, bile dah serasi, kami pun kejar laa balik.  Menang.  21-18.  Penat ni .  So, breaklah jap.  Nak masuk set kedua ni, kami rasa ada something wrong.  Pelik.  Tibe2 pihak lawan tu , tukar double.  Maksudnya kat sini, double tadi tak main dah , ganti dgn double lain.  Haih,, sangat pelik dan unfair di situu.  Kitorang mana tahu boleh main tukar2 mcm tu.  Memang laa rasa nak maki hamun jaa kan.  Takpelah., main jaa.  Kali ni, double dorang hebat sketlah.  So, kami kalah set kedua .  21-6.  Under 10 kot die bagi.  Memang lah.  Dahla terkejut, tibe2 tukar lawan.  Dengan penat tak abeh lagi kan.  Terpecahlah mental di situ..  Takpelah, redha dan pasrah jelah kami.  

Dah selesai game, keseluruhannya, kami menanglah kot.  Team lelaki banyak membantu..  Cuma, apa y aku kurang puas hati kat sni, dorang punya penjaga line. In , out, long, short.  Kawan aku cakap, sepatutnya bola tu msuk, die bgth kuar.  Agak bias ye di sini.  Biasa lah , tuan rumah kann.. Tapi supposed to be kau patut fairlah gile !  Memang agak tak puas hati lah kan.  Pulak tu, masa lawan single., kawan aku cakap coach dorang duduk kat belakang die then mcm die pulak y jaga line.  Memang mcm b@$$%$#^@% laa kan.  Macam nak main betol2 .  Friendly jaa padahal.  Tak payah nak pulun sangatlah.  Dah sudah minum2 , kami pun balik.  Pehhh,,, keadaan kaki y kurang baik ni buat aku rasa malas nak berjalan.  Sakit nok,, nak bengkok sket pun sakit.  Nak melutut pun susah..  Doakan supaya kecederaan ni cepat baik.. Ameen. ~ =)



l sudut saturinggit l

Monday, July 11, 2011

FRIENDLY MATCH - UCSA VS TELEKOM

Training badminton untuk pertama kali setelah setahun setengah tak pegang raket sangat memenatkan.. Then malam pulak ada friendly match dengan Telekom , buat satu badan ni sakit. Bukan tuu y aku nak cite ye.  Alkisahnye, tentang kasut kesayanganku .. Setelah 3 tahun berbakti,, tapak kasut pun sudah terbukak .  Macam mulut buaya. Huhuu~~ sedihhh... Tengah2 syok jumping smash,, tengok2 dah terbukak. Masa training tuu.. Aku pun mengadulah kat coach.. Coach offer kasut die .  Lagipun kaki die kecik, satu saiz dengan kaki aku.. Ataupun kaki aku y besar ? aahhahahaha... Takpelah . Bile dah try, dah muat , then malam tu deal lah dengan die mtak die bawak extra satu kasut.. Malam tu , smpai2 jaa ada sorang lagi kawan offer kasut die,, so try2 muat jugak dgn kaki aku..  Kesimpulan kat sini , kaki aku tak besar mana.  Betol lah kaki coach tu kecik okayy.. ahahhaha..  

Oraiitt,, malam semalam, penuh berdebar lah tunggu turn nak main kan. Warm up , berpeluh2 smpai kering peluh tunggu,, tak panggil2 .. Lepas skali lagi warm up, coach mtak kami ready .  So kami pun ready laa.  Masa nak masuk court tu,, datanglaa perasaan nak kencing laa , berak laa, sakit perut laa , macam2.  Nervous kan..  Hahahaha..  Okay,, dah msuk court, dah main , akhirnya, kemenangan di pihak kami..  21-14, 21-16 kot tak silap.  Tak ingat dah .  Apa y best , aku dapat smash lengan lawan sekali.  Siap ada bunyi "tap" kat tangan die.  Kuat kott.. Then partner aku bagi 2 kali kat orang y sama. Wahahahha.. Kompem berapi jaa die kan.  Mintak maaf ye kak.. 

Tak sampai situ jaa dendam berakhir,, aku dipanggil utk bermain mixed double pulak.. First set, menang.  Second set, lawan pulak menang.  Tak main utk third set.  Sebab dah lewat kot..  Yang sedihnye., aku pun kena smash kat bahu.  Akhirnya, wanita tadi dapat membalas dendam jugak kan .. Takpelah , as long as you happy,, saya pun happy sama.. ahhahahaha

Cerita kasutku sudah berakhir di sini.  Malam tadi, aku usha2 kat abah mintak belikan kasut baru untuk hari rabu nanti .. Akhirnya,, aku punya kasut baru.  Kasut lama ?? Sudah ke tong sampah .  Hahahaha..  Maafkanku wahai kasut .  You always in my memory... ~~~~





: Very2 season.  Kasut ni sangat berjasa.  Membantu team badminton wanita Kolej Shahputra.  In Memories 2008-2011 =( :




:  Newest .  Tengs abah belikan ! New luck , new beginning =) :



l sudut saturinggit l 

Sunday, July 10, 2011

THE TIME IS COME ... DUP DAP DUP DAP

Tadi petang, dah training.  Dah membina "kimia" bersama partner,. Sampai terjatuh tergolek laa atas court tadi.  Licin kot.  Dah tu,, kasut pulak tercabut tapak.. Alahaii,, nampak sangat dah lama tak guna kasut tu.  Smpai die pun merajuk dengan tuan die ..Sorry yee.. uhuhuu .. 

Malam ni aku melangkah dengan penuh harapan dan semangat.  Mintak dpermudahkan segala urusanku.  Aku akan membantu bekas Kolej aku bertarung dalam perlawanan badminton menentang telekom.  Sungguhpun persahabatan jaa..,, aku tetap akan bertarung sehabis baik.  Serius betol ni . Hahaha.  Dear fren,, doakan saya. =)  


l sudut saturinggit l

Saturday, July 9, 2011

BADMINTON ? YESS!!

What's up peeps ! Aku ada janji nak update pasal camping tu kan?? Maaf,, tiada lagi cerita pasal camping. Hal ini kerana aku tak pegi pun malam ni.. Big boss tak pegi, so kami pun tak pegi lah kan.. Selamatlah adik adik di sana ye. 

Haa,, ni y aku nak cite beria ni.  Semalam, aku dapat phone call daripada abg man. Abg man ni senior aku kat Kolej Shahputra (sekarang Universiti College Shahputra). Skang ni dia dah keje kat situ. Die ni jugak one of my badminton team dulu. Terkejut jugak die call aku tiba2 petang semalam. Dia tanya aku kat mana. Then bila dia tahu aku ada kat kuantan, dia ajak aku join friendly match under Shahputra.  Pulak tu, En. Sakeri, coach aku dlu pun akan pggl aku bila ada friendly lagi.  Wah,, sangat teruja yaa di sini! Rasa nak melompat jaa ! So, petang esok ada latihan sebelum bermulanya friendly match ni. Rasa berdebar sangat sebab aku ni dah lama tak training. Dan lama sangat tak EXERCISE ! kompem semput lah ! Kemudian nak cari chemistry pulak dengan partner. Sebab aku dikehendaki bermain double.  Semoga aku dapat membantu bekas institut pengajianku mengalahkan lawan mereka. ameen. may god bless us ! =D  







Team badminton Kolej Shahputra ! Tak semua ada kat sini.  Kiri atas: tomok, khairi, syafiqh, amy, mirul , mazwan, abg fitri, dayat, abg man.  Kiri bawah:  florence, syaza, fifi, aku, iffah, zu, kak lisa. =)


Masa ni kat Uitm Shah Alam.  Kiri atas: tomok, abg man, ash, syafiqh, mirul, usher, khairi, dayat. Barisan perempuan:  mia, fifi, ifah, aku, kak hajar, wani, syaza, lala, florence, kak lisa.  Depan: En.fairus, Puan azizah, En. hafiz. Damn, I really miss this precious moment !



l sudut saturinggit l

Friday, July 8, 2011

FACILITATOR PERKHEMAHAN BERSEPADU SKPB Part 1:

Hujung minggu ni memang terisi dengan perkara yang berfaedah. Aku telah melantik diriku sendiri menjadi fasilitator utk budak2 sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Permatang Badak. Sekolah lame aku dlu. Sangat berubah dah keadaannya. Sampaikan dewan pon aku dah lupe kat mana.. ahahhaha.. naseb tak sesat. Bile tengok budak sekolah rendah ni, suasana dorang lain dan berbeza dengan waktu aku dolu2.. wahh,, gitu.. huhuhu. kitorang dlu masa camping baik sketlah . Waktu latihan dalam kumpulan tu, masing2 fokus jaa. takde nak bising manelah. Kalau budak skang ni,, cekgu cakap sepatah, berpatah2 la dorang balas balik . adoii tu., ada jaa jawapan die nak bagi kat cekgu. Sampai cekgu pon naik pening. huhu~ sian jaa cekgu tu. Tapi , ada satu kelebihan dorang berbanding kami. Kalau dlu, orang y sama jaa akan angkat tangan nak bercakap kat depan . Skarang ni , berlumba2 nak becakap. Gile mikrofon ke ape ?? ahahhaa... 

Budak2 , bile digertak sket, menggelabah die bukan main. Lepas jaa aktiviti dalam dewan, dorang pegi makan2 sket. Then, bermulanya aktiviti "Burung Hantu".  Masa ni laa ktorang aktif. Jadi facilitator utk aktiviti tu. Ktorang bagi kain hitam , ttup mata dorang. Bile kitorang ahli2 faci ni datang dekat, adelaa budak2 sekolah ni tiba2 jadi tak pandai nak ikatkan kain kat mata sendiri. Mintak kami y tolong ikatkan .. aloohh,, ngade ngadenyee.. sebabkan budak, kami layankan jaa.. Siap merengek, "kakak, sakit mata lah". Aku pun cakaplah, "jangan bukak mata tu. tutup. Kalau bukak, buat nmpak menda len , baru tahu", senyap terus. Ada y nak menangis takut. Lepas tu, semua dilepaskan. Satu faci pegang satu group. Macam2 lah gelagat y kita boleh tgk. Kelaka ! Cekgu2 pun sporting jaa takut2kan budak2 tu. Sian jugak menengoknye. Ada y terlanggar tiang sampai tinggalkan kesan benjol, ada yang jatuh longkang, ada yang mula2 jadi leader tibe2 tengah jalan takot. ahahaha.. macam2 hal budak2 ni.  Penat melayan dorang . Siap panggil kami cekgu lagi. ahahhaa.. 

Esok, sambung lagi utk malam kebudayaan. So, sambung esoklah ! mengantuk sudah. zZZZZzzzzzz~~


l sudut saturinggit l

Wednesday, July 6, 2011

ALOH ALOH ALOHHH~~~

Assalamualaikum ! adoyaaiiii,, lamenye aku mengabaikan blog aku ni. kesok ati dok ? ahahaa.. semenjak dah cuti ni kan, dah lupakan rutin harian kat puncak alam pulak kan. aceh,, rutin lah sangat. huhuhu~ anyway , anyhow and anymore, macam macam aktiviti y aku dah buat dengan kawan2 aku especially skulmates aku y sangat rock! wahahaha.. rasa2 aku , semester ni lah paling kerap bertemu dan ber REUNITE bersama kawan kawan sekolah aku . 

Bila dah jumpa ni, terasa macam nak masuk zaman sekolah semula. What da hell ! Damn rindu gilaa kottt!! pegi sekolah pukul 720, jalan kaki dari rumah. Kalau bernaseb baik, jumpa member kacip aku , cik senun y menunggang motor, boleh jaa tumpang sekali pegi skolah. ayu jaa dok blakang membonceng . huaahahahha.. Dah sampai sekolah, masuk kelas. aktiviti pertama, sakat yana. ahaha.. tak pun agak2 takde mood, dok jaa diam2 kat kerusi sendiri sambil memandang gmbar2 y aku letak atas meja. Gmbar adik beradik, adam af2 . ahahhaa.. lawak lawak ! boleh aku pegi minat adam tu ? aiyooo.. ahaha.. penaik semangat tuu.. kau ada ? ahaks! Waktu y sangat fevret bagi kami adalah waktu rehat. aku ni pengawas . jarang lah nak hangout, makan makan sama kawan kawan lain. Tapi kalau hari jumaat ,, pehhh,, langgar jaa peraturan.. ahhaha.. Demi nasik ayam y sangat sedap dan waktu emas bersama bestie2 ku ,, aku redah jaa.. huhuhu.. Nasiblah kan.. Time makan , macam2 cite terkeluar. Sampai tak hengat nak masuk kelas semula. Penahlaa smpai kena marah. ahhaa.. alah,, asam garam di waktu sekolah kan.. mane best kalau jadi budak skema jaa.. Skali skala jadi jahat tak salah kan.. barulaa remaja.. Ngeh3.. 

Now,, dah tak boleh rasa semua tu. Sebabnye kami dah besar. Nak masuk form 6, malas nak pakai uniform . ahaha.. gile demand. Apa y boleh kami buat skang just hangout jaa ramai2 .. pada y nak joinlah. 
Y tak dapat join tu maybe ade jaa urusan y slalu clash dgn jadual hangout ktorang.  Takpelah kawan kawan., mungkin next time. Pas next time, next time. Alamatnye smpai ke tua lah kau tak jumpa! ahahhaa.. Sangat seronok bile hangout,. Kadang2 menda tak dirancang pun boleh jadi realiti tau. wah, letop ayat ! terasa mcm dalam af pulak. wahahaa.. Best woo,,.. masuk minggu ni , dah hampir 4 kali dah hangout ramai2. Minum2 kat kedai smpai lebam. Bantai gelas besar kan. Balik umah., tdo kat toilet jaa.. Kencing tak abeh2.. ahahhaha... Pastu , wayang pulak kan. Then karok,. Owh , Sangat sangat seronok yawww~~ Lagu2 pilihan terbaik dari ladang ! Cik senun sangat syahdu2 lagunye.. Cik Azma Omar menguji vokalnye. Cik Malisa dengan kesempoiannya merembat semua lagu y dipilih. Aku ? ahh,, sama geli jaa dengan dorang .Bedal belaka. Memang best sangat pun adoi. ahaahhaa.. 





Kawan2 , aku sayang korang smpai bila2. Tak kira lelaki2 kacak, atau gadis2 jelita. Dua2 aku sayang sama rata.  Harap friendship kta takkan putus sampai bila2. Siblings forever! INFINITI =)    


l sudut saturinggit l